Antara fungsi berguna bagi sebuah komputer untuk melayari internet adalah ia tidak perlu beroperasi menggunakan sistem operasi yang berat. Kebanyakan pengguna mahukan sistem operasi alternatif yang ringan. Dalam hal ini, sistem operasi yang boleh dipertimbangkan adalah Joli OS. Ia boleh di pasang sebagai satu-satunya sistem operasi, atau beroperasi bersama OS Windows (XP,Vista.7), sebagai dual boot.
Sekarang ini, jika pengguna komputer yang sedar kebanyakan masa mereka di komputer adalah melayari internet, mungkin sistem operasi ini boleh dipertimbangkan. Jika komputer sudah tersedia pasang dengan sistem operasi Windows, Joli OS boleh di pasang bersama dengan sistem operasi yang sudah sedia ada, dengan cara pemasangan yang mudah. Di mana selepas pemasangan, pengguna boleh memilih untuk menggunakan Windows atau Joli OS, semasa boot.Rujukan pemasangan Joli OS : http://www.jolicloud.com/jolios/download