MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Thursday, October 11, 2012

KESIHATAN : Monitor Punca Sukar Tidur.

Pengguna komputer zaman sekarang, termasuk pelajar, dan pekerja pasti ramai antaranya didapati akan tidur disebelah laptop atau paling tidak telefon mudah alih. Tidak kurang juga yang tertidur di depan TV.

Satu kajian mendapati limpahan cahaya daripada telefon mudah alih dan skrin komputer menyebabkan penggunanya terjaga di tengah malam. Ini menyebabkan kekurangan tidur dan boleh memberi tekanan dan membawa kepada masalah kesihatan.

Tidur sebelum tengah malam lebih kurang pukul 10 malam, tidur berjauhan dengan sebarang alat elektronik, dan cuba elak menggunakan sebarang alat elektronik beberapa jam sebelum tidur, mungkin tidur anda ada kelainannya.

Sumber : http://mashable.com/2012/10/10/tech-keeps-you-awake/

Running Man : Episode 114

Saja nak update episode baru Running Man ;) 114
Gary tak jadi tinggalkan RM... caused so many concern among the abroad fans.

Chill.. Enjoy

Berita : Gary, Yoo Jae Suk dan Lee Kwang Soo selamatkan Yubin (Wonder Girls) semasa rakaman episod Running Man.

Semasa dalam rakaman episod Running Man, Yubin dari kumpulan Wonder Girls tersadung kotak props dan terjatuh, tetapi kotak props itu juga yang kurang stabil, hampir terjatuh ke atas Yubin, sebelum Gary, Yoo Jae Suk dan Lee Kwang Soo terjun dan melompat ke arah Yubin untuk menahan kotak dari terus jatuh ke atas Yubin.

Sunday, July 15, 2012

Sistem Operasi (OS) Paling Ringan.

Kebanyakan pengguna komputer pada masa ini menggunakan komputer untuk melayari Internet. Akses kepada internet yang semakin mudah dan meluas, menggalakkan lagi penembusan Internet. Pendedahan kepada dunia Internet mampu melangkaui hampir setiap peringkat umur, tidak hanya pada golongan remaja dan terpelajar. Pada awalnya, secara umum komputer digunakan untuk menggunakan perisian bagi memproses dan menyimpan data kerja harian. Tetapi kini, hampir keseluruhan fungsi yang strategik dan diambil berat untuk sebuah komputer adalah kemudahan untuk akses kepada Internet.

Antara fungsi berguna bagi sebuah komputer untuk melayari internet adalah ia tidak perlu beroperasi menggunakan sistem operasi yang berat. Kebanyakan pengguna mahukan sistem operasi alternatif yang ringan. Dalam hal ini, sistem operasi yang boleh dipertimbangkan adalah Joli OS. Ia boleh di pasang sebagai satu-satunya sistem operasi, atau beroperasi bersama OS Windows (XP,Vista.7), sebagai dual boot.

Sekarang ini, jika pengguna komputer yang sedar kebanyakan masa mereka di komputer adalah melayari internet, mungkin sistem operasi ini boleh dipertimbangkan. Jika komputer sudah tersedia pasang dengan sistem operasi Windows, Joli OS boleh di pasang bersama dengan sistem operasi yang sudah sedia ada, dengan cara pemasangan yang mudah. Di mana selepas pemasangan, pengguna boleh memilih untuk menggunakan Windows atau Joli OS, semasa boot.

Rujukan pemasangan Joli OS : http://www.jolicloud.com/jolios/download

Friday, July 6, 2012

Menentukan Paparan Widget Pada Blog.

Semasa mengemakini susun atur dan reka letak web ini, ada beberapa perkara yang memerlukan pengaturcaraan tambahan pada kod HTML blog, yang sudah sedia ada pada blogger. Antara situasi susun atur yang memerlukan pengaturcaraan tambahan adalah apabila menghilangkan paparan Facebook Comment di setiap laman entri blog. Dalam erti kata lain, pemaparan Facebook Comment hanya di laman utama (homepage) sahaja. Selain itu, menghilangkan paparan Blog Post di laman utama, di mana rujukan utama entri-entri terbaru hanya berada di sidebar.

Jadi, dibawah ini adalah antara kod-kod yang perlu diletakkan pada HTML template blog sebagai pemboleh ubah paparan di blog.  Langkah-langkahnya adalah ;

1. Di Dashboard blogspot, buka Template > Edit HTML > tick Expand Widget Template.
2. Cari widget menggunakan nama widget tersebut, sebagai contoh widget 'Followers'. Untuk mencari, gunakan utiliti sedia ada pada pelungsur web. CTRL+F untuk memaparkan fungsi carian itu.
3. Kemudian, gunakan kod di bawah pada widget yang dimahukan.

Memaparkan Widget Tertentu Pada Post Pages Sahaja ;

<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>

</b:if>

</b:includable>

Memaparkan Widget Tertentu Pada Homepage Blog Sahaja ;

<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "index"'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>

</b:if>

</b:includable>

Memaparkan Widget Tertentu Pada Semua Static Page

<b:includable id='main'><b:if cond='data:blog.pageType == "Static_Page"'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>

</b:if>

</b:includable>

Memaparkan Widget Tertentu pada URL Post Blog Tertentu

<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "Blog Post URL HERE"'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>

</b:if>

</b:includable>

Itu sahaja setakat ini.

Sumber : http://www.bloggingehow.com/2012/03/showrestrict-blogger-widget-on.html

Info : Lapisan Atmosfera terdiri daripada 5, iaitu Troposfera, Stratosfera Mesosfera, Termosfera, dan Ekzosfera.

Sumber : http://www.albany.edu/faculty/rgk/atm101/structur.htm

Entri Pertama

So,
website ini bukan berkonsepkan blogging sepenuhnya. Ini kerana konsep blog sudah terlalu banyak. Banyak lagi yang akan ditambah dalam website ini, tapi pada masa yang sama perlu dipastikan sebarang penambahan tidak membebankan akses ke web ini.

Waktu solat dimuat tambah pada laman web ini kerana bulan Ramadhan yang semakin terasa dekatnya.

Kini, akses kepada Internet sangat mudah dan meluas. Pengguna Internet yang bertambah diharapkan dapat membentuk komuniti masyarakat yang berilmiah dan mampu berkongsi maklumat. Perkongsian maklumat membantu penyebaran maklumat yang lebih pantas. Perkongsian membantu stimulasi penerimaan maklumat kepada individu yang lain.Jadi, moshazat.tk ingin melibatkan diri dalam ekosistem maklumat melalui Internet ini.

Jadi selamat datang ke moshazat.tk. Teruskan melawat web ini sebagai tanda sokongan. Baru semangat sikit.

Info :

Malaysia - 19 Julai 2012
Sumber : http://www.imdb.com/title/tt1345836/
Web Rasmi :  http://www.thedarkknightrises.com