MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Tuesday, February 9, 2010

Facebook: Layari Hingga Muka Jadi Biru

Yup, layari Facebook (http://www.facebook.com/) sampai muka korang jadi biru, atau boleh biarkan sahaja akaun korang terus dalam keadaan log masuk dan tinggalkan ia masih dalam talian. Dicipta dan direka oleh Mark Zuckerberg, Facebook merupakan satu lagi laman web sosial yang menjadi ketagihan ramai pengguna internet selain Friendster dan Myspace, asalkan ada peranti yang berinternet dan pelayar yang disokong, ia boleh dicapai melalui komputer atau telefon mudah alih. Facebook atau kita selalu sebut FB menyediakan ruangan web berdaftar untuk bersosial, dan kebetulan pula manusia ialah makhluk sosial :p Mula beroperasi sejak Februari 2004, ia membolehkan pengguna internet bersosial, komen apa sahaja yang diposkan, permainan kasual yang menagihkan, perkongsian atau pertunjukan gambar, mengintai, 'flirting', dan pelbagai aplikasi lain yang membantu memangkin stimulasi sosial pengguna yang menggunakan Facebook.

Apa yang saya tahu mengenai Facebook? hmm...
Saya mula akses Facebook ni sejak ia masih lagi beralamatkan thefacebook.com. Mark terpaksa membeli domain Facebook.com dengan nilai $200k pada tahun 2005 daripada seseorang yang memiliki domain itu beberapa bulan selepas Facebook beroperasi secara global. Saya tidak menggunakannya tapi mendaftar untuk suka-suka. Ia tidak begitu popular pada masa itu kerana ia tidak fleksibel dan tidak boleh letak macam-macam elemen tambahan seperti muzik atau efek khas seperti yang boleh dilakukan di Myspace dan Friendster, yang merupakan satu konsep yang agak baru dan kurang diterima.

Tapi, pada masa itu saya fikir laman web ini sepatutnya boleh menjadi sangat popular, dan saya terfikirkan itu kerana ia web yang berasaskan warna biru. Yup, saya fikir ia boleh jadi popular kerana warnanya. Kenapa? Sebab, warna biru dipercayai secara psikologinya dapat menarik minat pelawat untuk kembali ke laman web yang berkenaan. Secara peribadi, FB adalah web kedua yang membuktikan teori ini benar selepas VirtualFriends.net, laman web berasaskan forum kepunyaan rakyat Malaysia yang mempunyai ahli yang sangat ramai dan pengikut yang setia. Namun, jika semua aspek psikologi diaplikasikan tapi khidmat yang diberikan tidak menarik, bukanlah satu kolaborasi yang baik juga. Selain daripada itu, saya agak tertarik dengan trik 'bubble' atau 'Konami Code' yang dapat hasilkan efek buih berwarna-warni jika kita menekan kombinasi papan kekunci yang betul ;
Up Arrow + Up Arrow + Down Arrow + Down Arrow + Left Arrow + Right Arrow + Left Arrow + Right Arrow + B + A + Enter

Tapi rasanya sekarang fungsi ni sudah dibuang :p

Jika ada diantara kalangan manusia yang mempunyai masalah untuk memulakan sosial di dunia luar, mungkin Facebook boleh menjadi alternatif untuk dimulakan. Tapi ketagihan dan keterbukaan pengguna internet zaman kini untuk berkongsi maklumat peribadi di dalam talian, harus dipantau untuk memelihara kerelevanan penggunaanya. Jika tidak satu masa nanti, dimana kita menyangka kita log masuk, tapi sebaliknya Facebook yang log masuk ke dalam hidup kita. Watever:p