MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Wednesday, February 24, 2010

Webcamgate : Sekolah Intip Pelajar?

Sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Philadelphia di Pennsylvania  AS, Lower Merion School District terpaksa menghadapi saman daripada keluarga pelajar Blake Robbins, yang turut mewakili 1800 keluarga pelajar yang lain. Sekolah tersebut disaman kerana dituduh melanggar hak privasi dan mengintip pelajar mereka melalui kamera web komputer riba yang diedarkan oleh sekolah. Kes ini bermula semenjak minggu lepas apabila Penolong Pengetua sekolah LMSD; Lindy Matsko, telah melaporkan kemungkinan salah laku seorang pelajarnya, Blake Robbins mengambil dadah didalam bilik di rumahnya. Ia kemudian menjadi isu apabila pihak sekolah mengemukakan bukti gambar Blake sedang memegang sesuatu yang kelihatan seperti pil dadah, yang diambil melalui kamera web komputer ribanya. Namun dijelaskan oleh Blake bahawa dia hanya memegang gula-gula 'Mike & Ike'.


Lower Merion School District telah memberikan bantuan pinjaman komputer riba Macbook kepada 1800 orang pelajarnya dengan yuran insuran sebanyak $55, dan $100 denda jika berlaku kerosakan atau hilang. Namun kini, didapati bahawa kesemua komputer riba tersebut dilengkapi peranti seperti pepijat yang membolehkan Jabatan Teknologi  sekolah memasuki sistem komputer riba tersebut jika komputer riba tersebut mempunyai talian internet, dan dapat mengambil gambar pegun daripada kamera web itu. Kemampuan sekolah untuk berbuat demikian tidak diberitahu oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajarnya, dan pihak sekolah menjelaskan teknologi intipan itu adalah untuk menyelesaikan masalah jika komputer riba itu dicuri dan hilang, dan gambar lokasi di mana komputer riba itu berada dapat diambil dan dikesan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 45 kes kecurian dan kehilangan telah berlaku, dan 28 telah berjaya diselesaikan melalui teknologi itu.

Teknologi intipan yang dipasang sekolah itu boleh dikawal secara manual, dan pihak sekolah memberitahu bahawa penggunaan teknologi itu amatlah ketat dan tidak sewenangnya digunakan, dan mereka mengakui hanya menggunakannya sebanyak 42 kali.  Mereka juga mengaku telah memasang teknologi intipan itu kedalam 2300 komputer riba Apple Macbook yang diedarkan kepada pelajarnya, dengan menggunakan aplikasi LANrev. Maklum balas daripada pelajar-pelajar sekolah tersebut mengakui mereka terkejut dengan hal ini, dan ada diantara mereka cuma menampal kertas 'Stamp It' pada kamera web mereka. Bermula daripada minggu ini, arahan terbaru mahkamah telah mengarahkan supaya pihak sekolah menutup fungsi kawalan ke atas kamera web pelajar dan tidak menggunakannya lagi.

Kes ini masih lagi dalam proses penyelesaian di mahkamah. Tetapi perkara seperti ini amatlah mengejutkan jika seseorang mampu untuk memasuki sistem komputer dan menggunakan web kamera komputer pengguna daripada kawalan jauh. Jadi berhati-hati dengan pemberian komputer riba oleh orang lain, kerana kemungkinan mereka memasang pepijat atau teknologi intipan ke dalam mesin anda. Komputer zK pula jika aktif akan mengeluarkan lampu merah, dan sebarang aktiviti kamera web dapat dikesan. Tapi kebanyakan komputer riba yang dilengkapi kamera web tidak mempunyai pengesan aktivi kamera web. Jadi berhati-hatilah.

Friday, February 19, 2010

Storan Dalam Talian Percuma

Perisian dalam talian atau istilah asalnya 'webware', merupakan satu konsep 'cloud computing' dimana perisian komputer atau 'software' boleh diakses terus daripada dalam talian, tanpa perlu muat turun dan dipasang ke dalam komputer. Jadi ia dapat menjimatkan ruang storan dalam komputer, malah segala bahan dan maklumat yang kita hasilkan dapat diakses di mana-mana saja di dunia yang mempunyai talian internet. Antara jenis aplikasi web yang berguna yang menggunakan konsep 'cloud computing' ini ialah; storan dalam talian (online storage). Terdapat banyak aplikasi sebegini yang diwujudkan di dalam internet, tapi zK ingin memperkenalkan 3 daripadanya yang patut dicuba.
Storan dalam talian yang pertama zK ingin perkenalkan ialah Ubuntu One. Dibina dan dikemaskini oleh pencipta sistem operasi Linux Ubuntu; Canonical Ltd. Pengguna perlu mendaftar akaun Launchpad di laman web Ubuntu One, kemudian pengguna yang berjaya mendaftar akan diberikan akaun percuma serta akses storan dalam talian sebanyak 2GB. Web Ubuntu One juga menyediakan fungsi lain iaitu 'Notes' untuk menyimpan nota, dan 'Contacts' untuk menyimpan maklumat peribadi sendiri atau kenalan. Klien Ubuntu One boleh digunakan dalam Ubuntu 9.04 dan ke atas. Bagi yang menggunakan sistem operasi yang berlainan, mereka masih boleh memuat turun atau muat naik fail terus daripada laman web. Masih dalam peringkat percubaan (Beta), tapi ruang yang disediakan cukup untuk menyimpan salinan dokumen atau gambar yang ingin diakses daripada tempat lain.

Perisian web dalam talian yang seterusnya ialah Windows Live Skydrive. Dibina dan diuruskan oleh Microsoft dan dikemaskini oleh Windows Live, ia menyediakan ruang storan yang agak besar, iaitu 25GB. Pengguna email Hotmail, MSN atau Live boleh menggunakan aplikasi ini, dan jika tidak, daftarlah mana-mana akaun untuk cuba menggunakannya. Ia boleh menyimpa apa-apa saja format file, dan Skydrive menyediakan ruang storan yang terbesar zK ketahui setakat ini. Pengguna boleh muat turun dan naik terus daripada antaramuka web Skydrive, dan tiada klien yang diperlukan.

Aplikasi web storan dalam talian yang ketiga ingin zK perkenalkan ialah Dropbox. Ia juga menyediakan storan percuma sebanyak 2GB, dan boleh dinaik taraf kepada penggunaan berbayar dan menambah ruang storan sehingga 100GB. Dengan 2GB, pengguna boleh menyimpan fail gambar atau dokumen seperti kerja lapangan atau bekerja di luar kawasan, dan ia amat memudahkan kerana sebarang fail hanya perlu dicapai semula di mana-mana sahaja yang ada sambungan internet. Ia mempunyai klien yang boleh digunakan dalam sistem operasi Windows, Apple dan Linux. Amat berguna kepada mereka yang menggunakan lebih daripada 1 sistem operasi dan mencapai dokumen dengan lebih mudah.

Storan dalam talian amat memudahkan kerja harian terutama apabila melibatkan kerja berkumpulan, dihantar ke luar kawasan atau bekerja di lapangan. Dengan menggunakan storan dalam talian, segala fail dan dokumen dapat dicapai di mana sahaja yang mempunyai sambungan internet seterusnya tidak perlu risau komputer rosak, masalah virus, tiada ruang storan yang cukup atau hilang perkakas storan seperti 'thumbdrive'. Selain itu, ia dapat memudahkan kerja yang melibatkan secara berkumpulan, kerana mereka dapat berkongsi dokumen atau maklumat secara dalam talian, dengan lebih cepat. Jadi cuba la ;)

Tuesday, February 9, 2010

Facebook: Layari Hingga Muka Jadi Biru

Yup, layari Facebook (http://www.facebook.com/) sampai muka korang jadi biru, atau boleh biarkan sahaja akaun korang terus dalam keadaan log masuk dan tinggalkan ia masih dalam talian. Dicipta dan direka oleh Mark Zuckerberg, Facebook merupakan satu lagi laman web sosial yang menjadi ketagihan ramai pengguna internet selain Friendster dan Myspace, asalkan ada peranti yang berinternet dan pelayar yang disokong, ia boleh dicapai melalui komputer atau telefon mudah alih. Facebook atau kita selalu sebut FB menyediakan ruangan web berdaftar untuk bersosial, dan kebetulan pula manusia ialah makhluk sosial :p Mula beroperasi sejak Februari 2004, ia membolehkan pengguna internet bersosial, komen apa sahaja yang diposkan, permainan kasual yang menagihkan, perkongsian atau pertunjukan gambar, mengintai, 'flirting', dan pelbagai aplikasi lain yang membantu memangkin stimulasi sosial pengguna yang menggunakan Facebook.

Apa yang saya tahu mengenai Facebook? hmm...
Saya mula akses Facebook ni sejak ia masih lagi beralamatkan thefacebook.com. Mark terpaksa membeli domain Facebook.com dengan nilai $200k pada tahun 2005 daripada seseorang yang memiliki domain itu beberapa bulan selepas Facebook beroperasi secara global. Saya tidak menggunakannya tapi mendaftar untuk suka-suka. Ia tidak begitu popular pada masa itu kerana ia tidak fleksibel dan tidak boleh letak macam-macam elemen tambahan seperti muzik atau efek khas seperti yang boleh dilakukan di Myspace dan Friendster, yang merupakan satu konsep yang agak baru dan kurang diterima.

Tapi, pada masa itu saya fikir laman web ini sepatutnya boleh menjadi sangat popular, dan saya terfikirkan itu kerana ia web yang berasaskan warna biru. Yup, saya fikir ia boleh jadi popular kerana warnanya. Kenapa? Sebab, warna biru dipercayai secara psikologinya dapat menarik minat pelawat untuk kembali ke laman web yang berkenaan. Secara peribadi, FB adalah web kedua yang membuktikan teori ini benar selepas VirtualFriends.net, laman web berasaskan forum kepunyaan rakyat Malaysia yang mempunyai ahli yang sangat ramai dan pengikut yang setia. Namun, jika semua aspek psikologi diaplikasikan tapi khidmat yang diberikan tidak menarik, bukanlah satu kolaborasi yang baik juga. Selain daripada itu, saya agak tertarik dengan trik 'bubble' atau 'Konami Code' yang dapat hasilkan efek buih berwarna-warni jika kita menekan kombinasi papan kekunci yang betul ;
Up Arrow + Up Arrow + Down Arrow + Down Arrow + Left Arrow + Right Arrow + Left Arrow + Right Arrow + B + A + Enter

Tapi rasanya sekarang fungsi ni sudah dibuang :p

Jika ada diantara kalangan manusia yang mempunyai masalah untuk memulakan sosial di dunia luar, mungkin Facebook boleh menjadi alternatif untuk dimulakan. Tapi ketagihan dan keterbukaan pengguna internet zaman kini untuk berkongsi maklumat peribadi di dalam talian, harus dipantau untuk memelihara kerelevanan penggunaanya. Jika tidak satu masa nanti, dimana kita menyangka kita log masuk, tapi sebaliknya Facebook yang log masuk ke dalam hidup kita. Watever:p

Sunday, February 7, 2010

Youtube: Video Mula Sendiri

Kemungkinan ada diantara korang merupakan pengguna Myspace, atau penulis blog atau setidaknya memiliki laman web sendiri. Jika benar, tentu korang pernah mencuba untuk meletakkan elemen hiburan seperti lagu atau video untuk menarik perhatian pelawat ke laman web korang. Kebanyakan masa pula mungkin korang fikirkan tentang tingkah laku pelawat kita, dan tentu ada yang terfikir, tentu tak boleh harapkan pelawat itu hendak menekan butang 'Play' video atau lagu yang korang letak, kalau ya pun itu bermakna pelawat itu menghiburkan diri mereka sendiri. Sebab ada kalanya kita terfikir untuk hiburkan pelawat yang sudi melawat ke laman web yang kita buat. Kemungkinan ini adalah alternatif hiburan yang terbaik; memainkan video atau lagu daripada Youtube secara sendiri/auto.

Langkah yang perlu dilakukan adalah mudah sahaja;

1. Pergi ke laman video Youtube yang ingin diletakkan di dalam web korang.

2.Kemudian salin kod daripada ruangan 'Embed' yang kemudian akan ditampal (paste) ke dalam laman web yang korang mahu video itu dimainkan. Kod ini tidak akan menjadikan video yang diletakkan di dalam laman web korang itu mula secara auto.
contoh kod 'Embed' Youtube:



3. Kemudian, dalam kod tersebut, cuba perhatikan alamat video yang terdapat didalam kod tu, terdapat 2. Iaitu; http://www.youtube.com/v/fHQy23KONzw&hl=en_US&fs=1&

4. Untuk menjadikan video yang korang letak dapat dimainkan secara sendiri, di setiap kedua-dua hujung alamat video youtube tu, korang kena tambah kod "&autoplay=1"
contoh: http://www.youtube.com/v/fHQy23KONzw&hl=en_US&fs=1&autoplay=1

Pastikan di dalam kod video Youtube yang korang mahu letakkan tu, kedua-dua alamat video itu ditambah kod tambahan 'autoplay' tu. Jadi itu saja, selamat berhibur :D

Ping.fm: Tweet Melalui SMS

Twitter (http://twitter.com/) adalah satu aplikasi web mikro-blog yang telah dicipta oleh Jack Dorsey pada tahun 2006. Ia berfungsi untuk menghantar mesej dan membolehkan pengguna lain membaca mesej tersebut yang dipanggil 'tweets'. Penggunaan Twitter semakin popular dan menjadi satu ikutan apabila semakin ramai selebriti atau orang kenamaan yang mula menggunakan Twitter. Para peminat boleh menjadi 'follower' untuk mengikuti 'tweets' yang dihantar, membolehkan mereka mengikuti perkembangan selebriti pujaan mereka.

Kini, pengguna Twitter boleh menghantar 'tweets' mereka menggunakan SMS, di mana mereka boleh mengemaskini 'tweets' mereka dengan lebih kerap dan mudah tanpa semestinya melalui internet. Ini dapat dilakukan dengan mengunakan aplikasi web Ping.fm (http://ping.fm/). Ia adalah satu lagi aplikasi web percuma yang membolehkan kerja mengemaskini web sosial seperti Facebook, Friendster, Myspace dan lain-lain lebih mudah dan cepat di satu tempat. Ping.fm juga menyediakan aplikasi kemaskini status di laman sosial melalui SMS.



Untuk mula menggunakan aplikasi SMS ke Twitter, buka akaun Ping.fm yang baru jika tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Selepas berjaya mendaftar, daftar masuk ke dalam akaun Ping.fm untuk mula menggunakannya. Seterusnya;

1. Selepas daftar masuk, pengguna akan berada di dalam laman 'dashboard'. Perhatikan di dalam pilihan 'service/tools', dan klik 'SMS / Text Messaging'.











2. Selepas berada di laman seterusnya, klik 'Not in the US or Canada? Click Here!'

3. Seterusnya, klik link yang disediakan untuk mendapatkan nombor pengesahan yang membolehkan nombor telefon yang ingin didaftarkan boleh digunakan untuk penggunaan antarabangsa.













4. Di laman berikutnya, nombor pengesahan 4 digit akan diberikan dan pengguna diminta untuk menghantar nombor tertulis itu menggunakan sms melalui telefon yang ingin digunakan ke nombor yang turut ditulis selepas nombor pengesahan di dalam laman yang sama.












5. Selepas sms tersebut sampai ke pelayan servis Ping.fm, nombor telefon pengguna berkenaan akan disahkan dan nombor antarabangsa yang perlu digunakan untuk menghantar 'tweets' juga akan diberikan di dalam laman web itu. Kini, telefon anda boleh digunakan untuk memulakan sosial di dalam internet.


P/s: skrg sy pkai DiGi, dan setiap kali sms untuk guna aplikasi ni, DiGi caj 20 sen untuk setiap sms. :P

Wednesday, February 3, 2010

Video Youtube kepada Mp3

Setiap hari, kemungkinan besar apabila kita mendapat tahu atau dicadangkan oleh kawan kita tentang lagu baru, ada yang pasti akan menghantar kepada kita alamat video daripada Youtube, dan sudah tentu apabila kita tertarik dengan lagu itu, kita menghadapi kesukaran untuk mencari format mp3 lagu itu. Daripada kita terus mendownload video Youtube lagu tersebut dalam format .flv, kini terdapat lagi satu alternatif yang lebih pantas untuk memuat turun lagu tersebut terus kepada format Mp3. Semuanya tersedia di dalam laman web "Youtube to Mp3 Converter" (http://www.video2mp3.net/).


Langkah penggunaannya cukup mudah,
1. Salin (copy) alamat laman video Youtube yang ingin anda jadikan Mp3 itu.
2. Tampal (paste) alamat laman video Youtube tu dalam ruangan yang disediakan.
3. Kemudian pilih kualiti audio yang ingin dimuat turun, makin tinggi kualiti, makin lama 'webware' ini memproses lagu anda.
4. Selesai semua dan berpuas hati, klik butang convert di sebelah ruangan URL itu untuk mulakan proses. Dalam beberapa saat ia akan membuka laman baru, dan ia akan sediakan perangkai yang akan memuat turun lagu daripada Youtube itu. Klik 'Download MP3'.

Ini adalah teknologi yang dipanggil Webware, iaitu berasaskan Web 2.0, evolusi penggunaan web sebagai aplikasi dalam talian, yang tidak memerlukan pengguna memuat turun (download) dan pasang (install) aplikasi dalam komputer. Mudah.