MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | www.moshazat.tk ]

Monday, March 23, 2009

Video : Asas Membuat Animasi Menggunakan GIMP

Salam,

GIMP merupakan salah satu perisian mengubah tukar imej antara yang terbaik boleh diperolehi secara percuma untuk sistem operasi Linux dan Windows. Namun, mungkin ada pengguna baru linux yang tidak mengetahui cara menggunakan GIMP ini secara sepenuhnya. Kali ini zK membawakan video asas menghasilkan imej animasi gif, bagi mendedahkan cara asas penggunaan GIMP dalam menghasilkan imej yang mempunyai multi frame dan berubah.

Kami daripada pihak zK berharap agar video pengajaran ini dapat memberi kebaikan dan membuka mata pembaca dan pengguna teknologi di luar sana akan kebolehan perisian GIMP ini. Ini adalah hanya perkara asas dan ia dilihat mempunyai potensi untuk dikembangkan penggunaanya.
Ini adalah nota penting berkaitan dengan video di atas ;

1. Setiap layer akan menjadi frame selepas image yang dihasilkan di save. Jadi apabila ingin menghasilkan frame baru, layer akan memberi fungsi frame.

2. Simpan image yang dihasilkan dalam format GIF (.gif). Ini adalah kerana ia adalah salah satu format imejan yang menyokong imej yang mempunyai multi frame dan fungsi animasi. Selepas klik "Save", pilih "Save as animation". Ini membolehkan setiap layer ditukar menjadi frame dan menjadikan imej tersebut beranimasi.

Selamat berjaya dan mencuba :D

ZonKomPraktikal - Muat Turun Video Youtube (Songbird)

Hello,

Ada macam-macam cara atau teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan satu perkara. Dalam hal entri pada kali ini, zK akan menunjukkan cara memuat turun video Youtube dengan menggunakan pelayar web pelbagai guna; Songbird. Untuk membolehkan Songbird mengesan dan memuat turun media dalam laman web yang dilayari, pengguna perlu memuat turun addon Songbird FlashGot di laman web Addon Songbird.

Untuk contoh bagi mendemonstrasikan cara menggunakan FlashGot, zK akan cuba memuat turun video pengenalan dan penggunaan Gnome-do di Youtube. Ikuti langkah berikut setelah memasang Songbird dan dilengkapi bersama addon FlashGot ke dalam komputer anda.

1. Songbird mengesan media yang boleh dimuat turun;

Apabila sudah berjaya menjumpai video yang di mahukan didalam Youtube, FlashGot akan mengesan kehadiran media yang mampu ia muat turun dan mengeluarkan isyarat di Statusbar Songbird. Apabila di klik isyarat tersebut, perisian tersebut akan mula memuat turun video tersebut.


2.Penetapan memuat turun media;


Selepas klik isyarat tersebut, tetingkap pertama akan muncul untuk memilih tempat menyimpan video yang mahu dimuat turun itu. Kali ini zK akan memilih Desktop untuk menyimpan video itu.

3. Proses muat turun bermula.
Selepas lokasi menyimpan fail sudah dipilih dan klik OK, tetingkap aplikasi Aria akan keluar menunjukkan butiran seperti nama fail,peratusan muat turun dan kelajuan muat turun media. Kini tunggu sehingga media tersebut habis dimuat turun dan teruskan proses seterusnya.

4. Tukar nama fail dan jenis fail;
Selepas selesai proses muat turun, cari fail media yang sudah di download di dalam fail yang disimpan tadi. Kemudian tukar nama dan format fail untuk membolehkan ia dimainkan di pemain media. Dalam hal ini, zK telah menukar nama fail ini daripada "videoplayback" kepada "gnome-do.flv", dimana .flv adalah format media flash video daripada Youtube tadi. Adalah penting untuk menyatakan format video supaya ia dapat dibuka di pemain media dengan lancar.

Saturday, March 7, 2009

Video : ScreenToaster, aplikasi web rakam aktiviti skrin.



Salam,
ScreenToaster (www.screentoaster.com) adalah satu aplikasi web percuma yang menawarkan khidmat merakam aktiviti di skrin komputer. Aplikasi web ini begitu mudah kerana tidak perlu memasang apa-apa aplikasi ke dalam komputer, dan ia dapat terus digunakan selepas mendaftar akaun di laman web tersebut. Daftar,rekod,terbit...fuh mudah bukan?

Mosh telah mencuba sendiri aplikasi web ini dengan membuat tutorial mudah, iaitu asas membuat animasi dan cara menggunakan Motion Guide dalam Macromedia Flash. Mosh berpuas hati dengan apa yang dihasilkan dan aplikasi ini mampu untuk menghasilkan video yang berkualiti dan berguna.



Antara yang boleh dilakukan ialah memasukkan rakaman suara dan meletak sarikata didalam video tersebut.

Kebetulan ada beberapa orang kawan Mosh yang mahu Mosh mengajar cara membuat website dan ajar cara menggunakan flash, video ini didedikasikan khas untuk korang, haha :D