MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Saturday, September 13, 2008

ZonKomPreviu - Google Chrome (Beta)

Asalamualaikum,
Pelayar web merupakan antara aplikasi penting dan paling asas dalam sesuatu sistem operasi, dan sejak dari dahulu lagi, pelayar web menjadi aplikasi yang sangat penting & telah menjadi isu perang antara pelayar web dalam dunia komputer. Ada sahaja pembangun yang mahu membina satu perkakas pelayar web yang lebih baik daripada yang ditawarkan dalam pasaran semasa. Dan kini sejak akhir-akhir ini, Mosh dapati banyak laman web mula memperkenalkan satu pelayar web yang baru direka oleh Google; Chrome (http://www.google.com/chrome). Walaupun masih di peringkat beta, pelayar ini mendapat banyak publisiti di kalangan penulis review dan artikel teknologi . Ini mungkin kerana pembangun Chrome ini sendiri yang mempunyai prestij di dalam dunia internet; Google Inc. Selepas membaca review di beberapa laman web terkemuka berkenaan Chrome, Mosh mendapat gambaran kasar tentang apa yang ditawarkan oleh Google Chrome kepada penggunanya, yang memungkinkan ramai yang berminat untuk mencubanya, termasuk Mosh.
Google Chrome direka dengan menggabungkan keringkasan dalam rekaan paparan bersama dengan kompleksiti teknologi, menjadikan Chrome pantas, selamat, dan senang. Selepas Mosh menggunakannya, apa yang Mosh dapat lihat ialah Chrome mempunyai paparan antaramuka pengguna yang ringkas dan mudah difahami. Chrome juga adalah perkakas sumber terbuka (opensource), di mana pembangun aplikasi dapat memuat turun kod pembangun untuk digunakan semula. Mosh sbenarnya merancang untuk menjadikan Chrome sebagai pelayar web utama untuk account Guest dalam Windows XP Mosh, kerana ia adalah aplikasi yang ringan dan sangat pantas untuk dilancarkan. Ini kerana kebanyakan pengguna laptop Mosh macam adik2 dan kawan2 Mosh komplain yang laptop Mosh ni slow. (Byk sangat startup sebenarnye,sebab tu activekan Guest, sbb xde startup :p) Maka screenshot Google Chrome pada entri kali ini adalah dari account Guest Mosh ;)
Chrome menggunakan aplikasi tab untuk pelayaran internet berganda yang mudah. Pengguna dapat membuka tab yang baru dengan mengklik butang "positif" di hujung kanan barisan tab.Tab nye pula dapat dialih-alihkan antara tab-tab semasa yang digunakan dan susun ikut kemahuan anda, atau anda boleh tarik mana-mana tab masuk atau keluar daripada barisan tab untuk membuka dan memasukkan tab laman web dalam tetingkap Chrome yang baru atau yang sedia ada,menjadikan peralihan antara tab dan tetingkap menjadi mudah. Selain itu, setiap tab bertindak sebagai individu yang berbeza, di mana jika salah satu tab berlaku masalah seperti hank atau menjadi lembab secara tiba-tiba dan seterusnye pincang operasi, ia tidak akan mempengaruhi tab-tab Chrome yang lain, dan Chrome sendiri tidak akan pincang operasi sekali bersama tab yang bermasalah tadi. Ini menjadikan pelayaran web pengguna yang lain selamat dan lancar. Ini adalah kerana setiap tab mempuyai ruangan operasinye yang kendiri dan pengguna dapat melihat penggunaan memori untuk setiap tab dengan melihatnya di task
manager Chrome sendiri dengan menekan "Shift+Esc"
(Task Manager)
Semasa menggunakan Chrome, Mosh dapat mengenalpasti beberapa elemen yang menjadikan penggunaan Chrome dalam pelayaran internet menjadi pantas dan lancar. Antaranya ialah, apabila membuka tab baru, Chrome akan memaparkan muka permulaan yang mengandungi beberapa fungsi pintasan seperti pintasan bergambar,di sisi pula terdapat 'Most Visited', 'Most used search engine',Recently Bookmarked pages' dan 'closed tab'. Jadi pengguna dapat terus melayari internet tanpa terkial-kial lagi. Selain itu, address bar Chrome pula terdapat satu fungsi dipanggil 'omnibox', di mana semasa menaip alamat laman web yang mahu dilayari, omnibox ini memaparkan cadangan lawatan ke laman web yang pernah dilayari sebelumnya dalam history, ia juga dapat mencadangkan alamat beberapa laman web berdasarkan pencarian enjin pencarian atau hasil pencarian sebelumnya. Seterusnya,Google
Chrome sudah pasti menjanjikan capaian ke laman pencarian Google yang amat pantas dan memudahkan pencarian, malahan berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, pada masa ini Chrome merupakan pelayar laman web yang terpantas berbanding pelayar sedia ada yang lain. Kini, pelayaran web tidak seperti dahulu lagi, dimana kini pengguna bukan lagi melayari laman web, tetapi sebenarnya melayari aplikasi web, yang dipanggil 'webware'. Seperti Flash, Java, Office dan macam2 lagi. Oleh itu, Chrome dilengkapi dengan V8, yang berfungsi untuk melancarkan aplikasi Java dengan sangat pantas. Kini Java terdapat di mana-mana laman web dan enjin V8 ini adalah sangat berguna dan relevan.
Dari segi keselamatan pula, Chrome dilengkapi kemudahan yang dipanggil 'Incognito'. Ia berfungsi untuk menukar keadaan pelayaran anda kepada yang lebih privasi, di mana history tentang pelayaran anda tidak akan direkodkan di mana2 semasa dalam mode incognito. Ini amat berguna apabila anda melayari laman web perbankan,email atau apa2 sahaja yang memerlukan privasi. Di dalam keadaan incognito, ia dapat dikenalpasti kerana tetingkap Chrome akan bertukar menjadi lebih gelap.
Google Chrome meluaskan lagi variasi dan menambah persaingan dalam trend pelayaran internet yang lebih selesa, pantas, selamat dan privasi. Chrome boleh dikatakan kini berada dalam kategori pelayar web nya sendiri kerana fungsi dan inovasi penggunaan yang ditawarkan adalah baru dalam pasaran pelayar web kini. Chrome dilihat mampu berdiri dalam meneruskan persaingan dengan palayar web sedia ada yang kukuh dalam pasaran. Jadi jika anda pernah menggunakan pelayar web yang lain sebelum ini, berbaloi untuk anda mencuba Chrome ;) Enjoy