MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Saturday, September 27, 2008

ZonKomPraktikal - Membuat Partition Baru

Salam,




Pada entri kali ini, Mosh akan menulis tentang cara membuat partition baru, dan dengan berani Mosh cakap, membuat partition baru tanpa membuat apa2 backup ;) Mosh sendiri pernah buat, dan ia berjaya :D Pada entri ZonKomPraktikal kali ini, apa yang Mosh ajar ini sesuai diimplemen jika mahu membuat partition baru, samada bertujuan untuk cuma membuat partition sahaja, atau pada Mosh, Mosh mahu memasang Linux di sampin sistem operasi Windows XP yang sudah sedia terpasang, iaitu membuat dual boot; menggunakan XP & Ubuntu dalam komputer yang sama ;)








Baiklah, antara aplikasi yang Mosh akan gunakan ialah Windows Disk Defragmenter, & GParted. Secara ringkas, Disk Defragmenter akan digunakan untuk memampat dan mengosongkan bahagian kanan disc supaya dapat membuat partition baru dengan selamat, manakala GParted akan digunakan untuk membuat partition baru. Jika berminat dan sudah bersedia, ikuti langkah-langkah berikut ;









1. Ok, mula2 sekali buka aplikasi Windows Disk Defragmenter,seterusnya klik butang defragment untuk menyusun dan memampatkan kedudukan file dalam Hard disk ;)

Wednesday, September 17, 2008

Microsoft - The Mojave Experiment


Experimen Mojave adalah satu strategi pemasaran oleh Microsoft untuk sistem operasi Windows Vista. Setiap peserta eksperimen ini akan ditanya mengenai persepsi mereka terhadap Windows Vista (tidak pernah menggunakan Vista), dan kemudian mereka akan diberi demo sistem operasi terbaru Microsoft yang bernama "Mojave". Eksperimen Mojave dikendalikan oleh jurujual yang terlatih dan tiada antara peserta eksperimen itu pernah menggunakan Vista. Selepas tamat sesi eksperimen, barulah peserta diberitahu bahawa "Mojave" itu adalah "Vista". Sebelum sesi eksperimen bermula, peserta memberi rating purata 4.4/10 kepada Vista, namun selepas eksperimen peserta memberi rating purata 8/10 kepada "Mojave". Motif eksperimen ini adalah untuk menggalakkan pengguna membuat penilaian sendiri, daripada hanya menerima persepsi negatif tentang Windows Vista.

Eksperimen ini dilakukan untuk mengelakkan pengguna membuat persepsi buruk seterusnya tidak membuat pertimbangan berat sebelah dan menilai Windows Vista hanya selepas mencubanya sendiri berbanding dengan hanya mendengar desas desus keburukannya semata2. Mojave Desert di US pada pandangan mata adalah seperti padang pasir biasa, yang pada biasanya dianggap panas dan kering, namun jika betul2 berpijak di padang pasir Mojave, ia sebenarnya padang pasir yang sangat sejuk.

Namun eksperimen ini dikritik kerana pengguna tidak diberi peluang merasai sesi pemasangan installasi dan menghadapi masalah yang biasa ditimbulkan Vista seperti kos lesen aplikasi yang mahal, serta tidak diberi peluang mencuba apa2 mesin seperti mesin pencetak atau scanner. Malah mereka tidak diberi peluang menilai kesesuaian perkakasan lama dengan Vista.

Namun begitu, eksperimen ini membuktikan bahawa tidak harus membuat penilaian terhadap sesuatu perkara sebelum kita sendiri merasainya dahulu. Tapi apa yang Mosh perasan, Microsoft hanya dapat hasilkan versi Windows yang stabil hanya pada Windows yang mempunya nombor versi yang ganjil sahaja, seperti Windows 3, Windows 5 dan mungkin Windows 7 yang akan datang. Windows 3 yang Mosh maksudkan ialah Windows 98, manakala Windows 5 pula ialah Windows XP ;) Mungkin mereka ingin mencuba market dan mendapat maklum balas, dan kemudia barulah membina operating sistem yang lebih stabil. Namun begitu, Don't judge the book by its cover, there is more than meets the eye ;)

Iklan Microsoft - "Windows, Not Walls,"

Mungkin ada di antara kita pernah menonton iklan Apple "Get a Mac", ia adalah siri iklan yang ringkas, kelakar dan mudah difahami berkenaan dengan kelebihan penggunaan Apple Mac. Namun sebaliknya iklan2 tersebut telah menjadi satu gangguan kepada Microsoft terutamanya iklan yang bertajuk "fear of switching is the foundation of customer loyalty for PCs", yang merupakan iklan terbaru Apple dilihat sebagai menentang kewujudan Microsoft Windows dalam pasaran. Iklan itu dianggap menggugat Microsoft dan mereka telah mengambil tindakan untuk mempertahankan kedudukan mereka dengan membuat iklan mereka sendiri, yang dibintangi oleh pelawak Seinfield dan Bill Gates sendiri (Yup,Bill Gates.. ;).

Iklan 1 : "Shoe Circus"
Kini sudah ada 2 iklan Microsoft yang telah disiarkan di Amerika. Tapi selepas Mosh menontonnya di Youtube, pada kali pertama tidak lah menarik pun,ambil masa untuk Mosh faham mesej yang cuba disampaikan :p adala sikit2 isi2 jalan cerita yang disampaikan ;) Iklan microsoft ini bermotifkan penegasan tentang perlunya melupuskan perkara yang menghalang idea tentang perhubungan. Iklan ini juga dibuat untuk membetulkan persepsi negatif tentang Microsoft serta sistem operasi Vista oleh masyarakat seperti yang dibuktikan dalam Experiment Mojave. Nanti Mosh buat entri susulan berkenaan eksperimen ni.

Iklan 2 : "New Family"

Microsoft merancang untuk membelanjakan $300 juta untuk menghasilkan iklan-iklannya yang dibintangi oleh Jerry Seinfield yang juga turut dibintangi bersama Bill Gates, dan Seinfield sendiri dikatakan akan memperoleh $10 juta dalam penglibatannya untuk iklan ini. Semua ini adalah tindak balas Microsoft berikutan Iklan anti microsoft oleh Apple. Iklan Microsoft ini akan bermula pada 4hb September 2008, dan berakhir pada bulan Mac 2009 nanti ;)

Huh, kita memang tidak dapat menafikan kuasa dan pengaruh media elektronik ;)

Sumber Terbuka - Partition Editor

Salam,
Satu masa dulu, membuat partition pada hard disk adalah sesuatu yang sangat asing dan sudah tentu perkara yang paling serius dan menakutkan kalau Mosh nak buat sendiri. Masa tu, selalu dengar ada mitos2 mengatakan kalau nak buat partition baru kena format hard disk sepenuhnya, itu dah cukup membuatkan Mosh menjauhkan diri daripada mencuba untuk belajar buat2 partition ni sebab Mosh memang sayang data2 yang ada dalam laptop Mosh :p Yerla mana tidaknya, segala-gala berkaitan dengan Macromedia Flash, Dreamweaver dan Photoshop, macam2 lagi la yang Mosh belajar sendiri ada dalam hd tu,bukan senang nak belajar sumer tu dengan sendiri. Jadi selama setahun Mosh bersama laptop Mosh memendam perasaan untuk mencuba membuat partition sendiri...

Screenshot : GParted Sebenarnya, secara praktikal, kita tidak semestinya perlu format hard disk kita untuk buat partition baru. Ideanya ialah sistem hard disk akan membuat partition baru dari kanan ke kiri. Jadi jika kita dapat kosongkan bahagian kanan partition dengan menggunakan defragment tools (Start>Programs>Accessories>System Tools>Disk Defragmenter), kita sudah boleh mula membuat partition baru. Jika kita lihat pada defragment tools, ada region yang unremovable yang diwarnakan hijau, itu tidak perlu dirisaukan, ini kerana ia adalah virtual memori sahaja. Jika ia musnah ketika dalam proses membuat partition, ia akan dibina semula.
Screenshot : GParted
















Mosh boleh mencadangkan 2 partition editor yang boleh digunakan untuk membuat partition baru iaitu GParted dan Parted Magic. Kedua-duanya adalah perisian percuma dan sumber terbuka.Percaya atau tidak, sekarang mengubah komposisi partition hard disk laptop Mosh dah macam satu permainan untuk Mosh. Ini kerana antara yang menghalang Mosh dari membuat partition baru adalah kerana Mosh tiada external storage yang lain untuk backup data2 hd Mosh :p Namun pada satu hari tu, selepas membuat research sendiri, Mosh terus melakukan eksperimen membuat partition tanpa melakukan apa2 backup, apa yang mengejutkan Mosh, percubaan itu berjaya! Percubaan pertama berisiko tinggi yang berjaya;) haha.. Kemudian tanpa membuang masa Mosh terus pasang Ubuntu Live CD dan install Ubuntu untuk membuat dual boot. Pengalaman mengambil risiko itu membuatkan Mosh rasa selesa untuk membuat percubaan yang lain. Dan penggunaan GParted dan Parted Magic adalah selamat dan memuaskan hati ;) Entri ini adalah pengenalan kepada partition editor, dan insyaAllah pada masa akan datang Mosh akan cuba membuat entri tutorial tentang cara menggunakan aplikasi ini dan langkah2 untuk membuat partition baru ;)


Korang boleh dapatkan aplikasi partition2 editor ini disini >>
GParted :
http://gparted.sourceforge.net/
Parted Magic : http://partedmagic.com



There is nothing wrong to take a risk, but make sure it is a calculated risk ;) think about it

Saturday, September 13, 2008

ZonKomPengenalan - Ubuntu 9.04 berkod nama Jaunty Jackalope

9.04 Jaunty Jackalope
Salam,
     Jutawan perisian dan pemilik Canonical Ltd; Mark Shuttelworth yang juga merupakan Bapa atau pengasas kepada Linux Ubuntu, pada hari Isnin bersamaan 8 september 2008 telah membuat satu pengumuman tentang kod nama dan sasaran sistem operasi ubuntu yang akan datang; Ubuntu 9.04 berkod nama Jaunty Jackalope. Dengan pembangunan versi Ubuntu seterusnya iaitu Ubuntu 8.10 berkod nama Intrepid Ibex yang aktif dan dalam menunggu masa untuk dilancarkan pada bulan oktober nanti, mereka sudah merangka sasaran secara kasar tentang pembangunan Ubuntu, yang akan menjadi fokus usaha mereka tahun hadapan. (Rujuk pengumuman -

     Ubuntu 9.04 atau dikenali sebagai Jackalope, dirancang akan mempunyai ciri-ciri yang dinaiktaraf seperti mempercepatkan masa boot sistem operasi dan mempunyai integrasi dengan web yang lebih baik. Tidak banyak yang diperkatakan berkaitan dengan ciri2 terbaru Jackalope kerana kumpulan pembangun Ubuntu akan berkumpul di Mountain View,untuk membincangkan tentang Jackalope ini. Seingat Mosh Mountain View ialah tempat operasi utama Google Inc. Dengar2 di Googleplex di Mountain View tu adalah tempat yang amat menarik ;) Mempunyai suasana kerja yang selesa dan tenang.
     Berkaitan dengan kod nama, apa itu Jackalope? Haa seperti yang dapat dilihat di pada gambar, itu adalah Jackalope. Merupakan seekor arnab yang mempunyai tanduk seperti rusa. Sebenarnya Jackalope ialah adalah gabungan nama      Jackrabbit dan Antelope, sama seperti rupa fizikalnye yang menyerupai arnab dan rusa. Berdasarkan wikipedia, bentuk seperti tanduk di atas kepala arnab itu sebenarnya adalah ketumbuhan atau tumor dan ia memang menyerupai rupa tanduk. 
     Pada pendapat Mosh, Mosh cuma akan upgrade Ubuntu Mosh selepas 5 bulan versi terbaru tersebut dilancarkan, ini adalah untuk mengelakkan sebarang error dan masalah bug. Apapun, tumpukan perhatian pada versi seterusnya Intrepid Ibex yang dijadualkan sedia untuk dimuat turun pada bulan oktober ini. ;)

ZonKomPreviu - Google Chrome (Beta)

Asalamualaikum,
Pelayar web merupakan antara aplikasi penting dan paling asas dalam sesuatu sistem operasi, dan sejak dari dahulu lagi, pelayar web menjadi aplikasi yang sangat penting & telah menjadi isu perang antara pelayar web dalam dunia komputer. Ada sahaja pembangun yang mahu membina satu perkakas pelayar web yang lebih baik daripada yang ditawarkan dalam pasaran semasa. Dan kini sejak akhir-akhir ini, Mosh dapati banyak laman web mula memperkenalkan satu pelayar web yang baru direka oleh Google; Chrome (http://www.google.com/chrome). Walaupun masih di peringkat beta, pelayar ini mendapat banyak publisiti di kalangan penulis review dan artikel teknologi . Ini mungkin kerana pembangun Chrome ini sendiri yang mempunyai prestij di dalam dunia internet; Google Inc. Selepas membaca review di beberapa laman web terkemuka berkenaan Chrome, Mosh mendapat gambaran kasar tentang apa yang ditawarkan oleh Google Chrome kepada penggunanya, yang memungkinkan ramai yang berminat untuk mencubanya, termasuk Mosh.
Google Chrome direka dengan menggabungkan keringkasan dalam rekaan paparan bersama dengan kompleksiti teknologi, menjadikan Chrome pantas, selamat, dan senang. Selepas Mosh menggunakannya, apa yang Mosh dapat lihat ialah Chrome mempunyai paparan antaramuka pengguna yang ringkas dan mudah difahami. Chrome juga adalah perkakas sumber terbuka (opensource), di mana pembangun aplikasi dapat memuat turun kod pembangun untuk digunakan semula. Mosh sbenarnya merancang untuk menjadikan Chrome sebagai pelayar web utama untuk account Guest dalam Windows XP Mosh, kerana ia adalah aplikasi yang ringan dan sangat pantas untuk dilancarkan. Ini kerana kebanyakan pengguna laptop Mosh macam adik2 dan kawan2 Mosh komplain yang laptop Mosh ni slow. (Byk sangat startup sebenarnye,sebab tu activekan Guest, sbb xde startup :p) Maka screenshot Google Chrome pada entri kali ini adalah dari account Guest Mosh ;)
Chrome menggunakan aplikasi tab untuk pelayaran internet berganda yang mudah. Pengguna dapat membuka tab yang baru dengan mengklik butang "positif" di hujung kanan barisan tab.Tab nye pula dapat dialih-alihkan antara tab-tab semasa yang digunakan dan susun ikut kemahuan anda, atau anda boleh tarik mana-mana tab masuk atau keluar daripada barisan tab untuk membuka dan memasukkan tab laman web dalam tetingkap Chrome yang baru atau yang sedia ada,menjadikan peralihan antara tab dan tetingkap menjadi mudah. Selain itu, setiap tab bertindak sebagai individu yang berbeza, di mana jika salah satu tab berlaku masalah seperti hank atau menjadi lembab secara tiba-tiba dan seterusnye pincang operasi, ia tidak akan mempengaruhi tab-tab Chrome yang lain, dan Chrome sendiri tidak akan pincang operasi sekali bersama tab yang bermasalah tadi. Ini menjadikan pelayaran web pengguna yang lain selamat dan lancar. Ini adalah kerana setiap tab mempuyai ruangan operasinye yang kendiri dan pengguna dapat melihat penggunaan memori untuk setiap tab dengan melihatnya di task
manager Chrome sendiri dengan menekan "Shift+Esc"
(Task Manager)
Semasa menggunakan Chrome, Mosh dapat mengenalpasti beberapa elemen yang menjadikan penggunaan Chrome dalam pelayaran internet menjadi pantas dan lancar. Antaranya ialah, apabila membuka tab baru, Chrome akan memaparkan muka permulaan yang mengandungi beberapa fungsi pintasan seperti pintasan bergambar,di sisi pula terdapat 'Most Visited', 'Most used search engine',Recently Bookmarked pages' dan 'closed tab'. Jadi pengguna dapat terus melayari internet tanpa terkial-kial lagi. Selain itu, address bar Chrome pula terdapat satu fungsi dipanggil 'omnibox', di mana semasa menaip alamat laman web yang mahu dilayari, omnibox ini memaparkan cadangan lawatan ke laman web yang pernah dilayari sebelumnya dalam history, ia juga dapat mencadangkan alamat beberapa laman web berdasarkan pencarian enjin pencarian atau hasil pencarian sebelumnya. Seterusnya,Google
Chrome sudah pasti menjanjikan capaian ke laman pencarian Google yang amat pantas dan memudahkan pencarian, malahan berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, pada masa ini Chrome merupakan pelayar laman web yang terpantas berbanding pelayar sedia ada yang lain. Kini, pelayaran web tidak seperti dahulu lagi, dimana kini pengguna bukan lagi melayari laman web, tetapi sebenarnya melayari aplikasi web, yang dipanggil 'webware'. Seperti Flash, Java, Office dan macam2 lagi. Oleh itu, Chrome dilengkapi dengan V8, yang berfungsi untuk melancarkan aplikasi Java dengan sangat pantas. Kini Java terdapat di mana-mana laman web dan enjin V8 ini adalah sangat berguna dan relevan.
Dari segi keselamatan pula, Chrome dilengkapi kemudahan yang dipanggil 'Incognito'. Ia berfungsi untuk menukar keadaan pelayaran anda kepada yang lebih privasi, di mana history tentang pelayaran anda tidak akan direkodkan di mana2 semasa dalam mode incognito. Ini amat berguna apabila anda melayari laman web perbankan,email atau apa2 sahaja yang memerlukan privasi. Di dalam keadaan incognito, ia dapat dikenalpasti kerana tetingkap Chrome akan bertukar menjadi lebih gelap.
Google Chrome meluaskan lagi variasi dan menambah persaingan dalam trend pelayaran internet yang lebih selesa, pantas, selamat dan privasi. Chrome boleh dikatakan kini berada dalam kategori pelayar web nya sendiri kerana fungsi dan inovasi penggunaan yang ditawarkan adalah baru dalam pasaran pelayar web kini. Chrome dilihat mampu berdiri dalam meneruskan persaingan dengan palayar web sedia ada yang kukuh dalam pasaran. Jadi jika anda pernah menggunakan pelayar web yang lain sebelum ini, berbaloi untuk anda mencuba Chrome ;) Enjoy

Saturday, September 6, 2008

zkDesktoPreviu - Xubuntu 8.04

Salam, berjumpa lagi dalam entry kali ini;)
Haa sebagai permulaan, Mosh ingin memulakan entry Mosh dalam ZonKomp ni dgn memperkenalkan desktop yang sedang dan kerap Mosh gunakan sekarang ;) Mosh fikir ini adalah entry permulaan yang agak baik untuk Mosh, sebab ini antara perkara asas yg boleh Mosh ceritakan ;) berkenaan tentang macam mana sistem machine yang Mosh gunakan :) Biasala, baru nk cuba2 tulis blog, tulis sesuatu yang Mosh tau :)

So jom Mosh perkenalkan operating system yang Mosh gunakan sekarang, utk surf internet, menulis document, buat kerja2 development web, dan mcm2 la ;) Mosh kata "slalu gunakan" sebab Mosh ada lebih drpd 1 operating system dlm machine Mosh, rasanye ada 4 kot. Of coz ada Windows XP dan satu lagi adalah Linux Ubuntu Hardy Heron :D lagi 2 tu pun linux gak ;) Tanpa membuang ruang,so lets preview my desktop >>

Gambar diatas ialah screenshot desktop Mosh sekarg :D
Cuba teka operating system apa ni?? haha... Perkenalkan, ini adalah Linux Xubuntu Hardy Heron 8.04 LTS, yang Mosh kerap kali guna utk urusan seharian Mosh:D sbenarnye ada lagi flavor lain yg Mosh boleh guna dlm OS ni, Mosh ada ubuntu,kubuntu,fluxbox,kde4.5... Cuma Mosh lagi suka Xubuntu sbb lagi ringkas n lancar :D Kalu rasa nak pkai flavor lain tu, ada dlm 3 profile yg berbeza bila nk login tu ;)

So, apa yg boleh dilihat pada screenshot tu of coz la wallpaper tu ;) Pada Mosh wallpaper tu mnarik sebab gambar tu agak detail dan warna dia kena dgn warna oren theme xubuntu Mosh;) Gambar bandar di pinggir laut. Xubuntu Mosh cuma ada 1 taskbar di atas berbanding asalnye 2 sbb di bwh Mosh dh tuka dgn Avant Window Navigator,taskbar yang lebih cool sebab ada efek,dan menjadikannye hampir serupa dengan rupa desktop Apple :D So stakat ni agak puas hati dgn deko desktop Mosh skrg :D Setiap kali mesti bsemangat dpn laptop :D

Selain tu,button start pun Mosh tuka dengan logo Ubuntu, diikuti shortcut2 tmasuklah antivirus Avast Home Linux. Kalau tgk di sblah kanan taskbar plak, ada button Log Out, Clock, dan ada antara icon system tray yg bwarna hijau, itu ialah Mumbles, satu program notification, agak mnarik gak la :D

Yang ini pula screenshot Songbird; Music player dan internet browser yang Mosh slalu gunakan utk mendengar lagu dan melayari internet. Songbird versi 0.7.0 ini boleh dikatakan agak hebat juga dan Mosh berpuas hati menggunakannya. Fungsi Player nya masih lagi terhad untuk mendengar MP3 dan tidak menyokong media video lagi. Manakala fungsi sebagai internet browser juga terdapat lagi kekurangan seperti ia masih tidak dapat membaca flash lagi. Tidak hairan lah sebab Songbird masih lagi berstatus Beta.

Rasanye ckupla sampai disini sahaja, kalu tidak panjang berjela la nmpaknye entry ni :p Bye


SwitchOn - the ZonKomp

welcometTOZONkomputer

Salam.
Dengan lafaz bismillah, saya ingin merasmikan sendiri pelancaran blog saya sendiri, Zon Komputer, pada hari ini,Sabtu, 6hb September 2008, 12.28tghari :) Nickname saya Moshazat, dan boleh panggil saya dengan panggilan Mosh je :D

Kepada yang sudi melawat ke laman blog saya ni, terima kasih banyak2 dan selamat datang :D Blog ini secara keseluruhannya dibina berasaskan penulisan tentang perkara-perkara berkaitan dengan komputer dan teknologi. Blog ni tidaklah terlalu formal sangat, agak selamba dan simple, namun saya akan lebih menekankan isi-isi yang berguna sebagai panduan, insyaAllah pada saya dan pada para pembaca laman blog ini :)

Dengan pelancaran blog ini, saya berharap agar kita dapat berkongsi ilmu yang berkaitan dengan apa sahaja tapi secara khusus berkaitan dengan teknologi dan komputer la ok ;) InsyaAllah dengan izin tuhan, saya pun berharap agar Zon Komputer dapat berdiri dalam dunia web dengan kukuh dan berjaya :) Bukan sekadar laman blog biasa sahaja. Saya juga mensasarkan agar Zon Komputer dikunjungi ramai pelayar internet, terutama yg mempunyai minat tentang komputer. Mungkin itu akan memotivasikan saya utk terus menulis dalam Zon Komputer:) Saya juga berharap agar blog ini memberi makna pada setiap pengunjung yang datang singgah:)

Saya rasa setakat ini saja utk entry yg ini, tak sabar plak nk start buat entry yg akan datang, jumpa di entry yang seterusnye :D

MOSHAZAT