MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | www.moshazat.tk ]

Monday, December 31, 2007

TIPZON

#1 - LINUX UBUNTU:Dalam proses pengemaskinian Linux Ubuntu, semua fail kemaskini yang dimuat turun disimpan di dalam storan secara sementara. Untuk membersihkan fail-fail kemaskini yang sudah digunakan, buka terminal dan taip "sudo apt-get clean", klik Enter dan masukkan kata laluan anda, dan klik enter lagi untuk membuang fail yang tidak digunakan.

#2 - Windows XP: Kelajuan startup XP dapat ditingkatkan dengan mengurangkan aplikasi yang dimulakan secara automatik apabila memasuki Windows. Caranya pergi ke Start>Run,kemudian taipkan "msconfig", & klik OK. Kemudian pada tetingkap, klik tab "Startup".Seterusnya hilangkan tanda pada aplikasi yang dirasakan tidak perlu dimulakan secara automatik apabila memasuki Windows di dalam senarai aplikasi itu.